AKTIVITI DISINFEKSI SUKARELA SEMPENA KEMPEN JOM CEGAH COVID 19 DI IPD PUTRAJAYA

image
IPD Putrajaya, 20 Januari 2021 - Aktiviti Disinfeksi Sukarela sempena Kempen Jom Cegah Covid 19 anjuran bersama Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Yayasan Tindakan Pengguna Negara telah dilaksanakan di IPD Putrajaya.

Kehadiran YBhg Datuk John Lee Kim Tian, Penasihat Eksekutif, Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama para pegawainya telah disambut oleh YDH ACP Hj Mohd Fadzil bin Ali, Ketua Polis Daerah Putrajaya dan ASP Azizah binti Nur Mohamat, Ketua Bahagian Logistik Dan Teknologi (KBLog).

Aktiviti disinfeksi yang melibatkan sebanyak 275 buah Balai Polis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor itu dilihat sebagai medium pendidikan kepada masyarakat, bagi menyedari kepentingan melaksanakan sanitasi dalam usaha membendung penularan wabak COVID 19.
image

Aktiviti disinfeksi yang melibatkan sebanyak 275 buah Balai Polis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor